Januari 23, 2008

Cuti: balik Rumah Melaka lepas exam.

2ulasan
Program: Balik ke Kaherah.
Destinasi: Kaherahlah, tadi dah beritahu.
Destinasi lebih spesifik: Wisma Melaka a.k.a Rumah Melaka.
Masa bertolak: selepas Asar.
Kondisi: Tidak sihat; pening-pening, selesama, batuk-batuk.
Cuaca diluar: Redup; tiada terik matahari, suhu pula sekitar 14 darjah celsius, sejuk.

Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik dan persekitaran yang suram mahu saja saya membatalkan niat untuk balik ke rumah Melaka buat masa terdekat ni tapi saya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebagaimana yang dijanjikan kepadaSetiausaha Agung BKKIMM sebelum imtihan fatrah awal bermula lagi, saya akan segera balik ke rumah Melaka setelah selesai peperiksaan. Ada sedikit khidmat yang tidak seberapa daripada saya diperlukan. Peperiksaan sudah berakhir, janji ditagih. Mahu tidak mahu saya kena balik ke Rumah Melaka yang sudah macam kampung halaman anak-anak Melaka yang menuntut di Perlembahan Nil ni.

Boleh sahaja kalau hendak lambatkan tarikh balik ke Kaherah. Tunggu sahaja sehingga sihat sepenuhnya baru balik, bukankah elok? Kawan-kawan yang menetap di Rumah Melaka terlalu rindu dengan orang Tanta, kesunyian. Terharu pula dengar dorang cakap macam tu. Itu yang buat hati ni terasa senang je nak balik sebenarnya. Keputusan dibuat, balik!

Semoga perjalanan hampir sejam setengah nanti lancar dan selamat. Insya Allah. ~Amin.

Guys...! I'm on my way to Rumah Melaka. Wish me selamat sepanjang perjalanan ke sana, OK? (Err... ada ke orang baca entri ni?)

Januari 15, 2008

Cakap 9°C

0ulasan
Musim sejuk. Hari demi hari suhu makin rendah. Musim berselubung dengan saratoga. Seharian berselubung pun tak kisah. Kehangatan berada dalam lihaf tu janganlah cakap... terlalu selesa hingga malas untuk keluar. Tanyalah mana-mana pelajar Al-Azhar lain, tentu tahu bagaimana selesanya berada dalam 'sarang' boleh ubah tu musim begini. Tambahan pula, sekarang musim peperiksaan (fatrah awal). Terpaksa ulangkaji pelajaran bertemankan lihaf. Ada tu hingga tertidur-tidur menghafal, termasuklah penulis ni. Hehe. Dalam sibuk-sibuk mulut kumat-kamit menghafal, tahu-tahu je sunyi sepi. Tidur. Hai, dugaan... dugaan.




Pelajar lama kata, dua perkara je musim ni, banyak tidur atau banyak menonton TV. Tidur tidak salah. Jika untuk menghilangkan letih badan dan otak tapi, banyak tidur itu yang salah. Badan yang tidak letih pun boleh jadi letih apabila terlalu lama 'cas bateri'. Nasib tidak baik, Zohor entah ke mana, Asar pun entah ke mana.

Banyak menonton TV? Mungkin benar, banyak pula cerita menarik yang disiarkan di kaca TV. Disusun dengan baik dan rapi buat tontonan semua sepanjang musim peperiksaan ni. Bagi rumah sewa pelajar Al-Azhar yang ada isytirak TV, banyaklah dugaannya. Mata lebih tertumpu ke skrin TV daripada kitab. Bila ada cerita berunsur aksi lasak atau sains fiksyen... saya pun tewas. Layan sekali. Bak kata P. Ramlee: "Cobaan..." Ahaks.

Oleh itu, wahai Azhariyun! Marilah kita sama-sama menonton TV... Eh, silap! Marilah kita beri tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran demi kejayaan. Kurangkan tidur, kurangkan tonton TV, kurangkan jauhi maksiat, jaga hubungan dengan kawan. Kita umpama keluarga di Bumi Anbiya' ini. Bagi yang masih dalam tekanan peperiksaan, banyakkan motivasi diri. Yang sudah habis peperiksaan, bantulah kawan-kawan lain dalam apa jua bentuk pertolongan sekalipun. (Tak termasuk tolong jawabkan peperiksaan). Ihiks. Sekian. Wassalam.


*
Fatrah= semester
Isytirak= kongsi
Lihaf= selimut tebal
Saratoga= nama lihaf

Januari 13, 2008

Updating this Teratak

0ulasan
Today, I'm just sit in front of my laptop. Online to update my Teratak. First, I pinned up the Header's picture which I made last night. Then... letak yang lain-lain pulak. It's look better now than before. Dekat setengah hari juga mengupdate. What a long time...! Sakit pinggang tu.

Hurm, I think that I'm start to love this Teratak... Hehe.
Gotta out rite now, nak sambung study. Ada lagi dua paper nak kena hadap untuk fatrah awal ni. Sekian. Wassalam.

Januari 12, 2008

teSt... teSt...

0ulasan
Bismillahirrahmanirrahim...
This is my first post for tHiS blog... which I have no idea whether to continue or not. Hihi... Hope dat I can keep posting till when? I don't know. May Allah give me the strength.

Maybe this blog tak menarik mana pun, but... I'll try to make it looks menarik. Ahah. Merepek je. Ok, should not talk to much for the first post I think. Salam bicara yang entah apa-apa... Huhu.
Wassalam.
 

.::Hidup Di Bawah Langit-Mu::. Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008