Januari 23, 2008

Cuti: balik Rumah Melaka lepas exam.


Program: Balik ke Kaherah.
Destinasi: Kaherahlah, tadi dah beritahu.
Destinasi lebih spesifik: Wisma Melaka a.k.a Rumah Melaka.
Masa bertolak: selepas Asar.
Kondisi: Tidak sihat; pening-pening, selesama, batuk-batuk.
Cuaca diluar: Redup; tiada terik matahari, suhu pula sekitar 14 darjah celsius, sejuk.

Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik dan persekitaran yang suram mahu saja saya membatalkan niat untuk balik ke rumah Melaka buat masa terdekat ni tapi saya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebagaimana yang dijanjikan kepadaSetiausaha Agung BKKIMM sebelum imtihan fatrah awal bermula lagi, saya akan segera balik ke rumah Melaka setelah selesai peperiksaan. Ada sedikit khidmat yang tidak seberapa daripada saya diperlukan. Peperiksaan sudah berakhir, janji ditagih. Mahu tidak mahu saya kena balik ke Rumah Melaka yang sudah macam kampung halaman anak-anak Melaka yang menuntut di Perlembahan Nil ni.

Boleh sahaja kalau hendak lambatkan tarikh balik ke Kaherah. Tunggu sahaja sehingga sihat sepenuhnya baru balik, bukankah elok? Kawan-kawan yang menetap di Rumah Melaka terlalu rindu dengan orang Tanta, kesunyian. Terharu pula dengar dorang cakap macam tu. Itu yang buat hati ni terasa senang je nak balik sebenarnya. Keputusan dibuat, balik!

Semoga perjalanan hampir sejam setengah nanti lancar dan selamat. Insya Allah. ~Amin.

Guys...! I'm on my way to Rumah Melaka. Wish me selamat sepanjang perjalanan ke sana, OK? (Err... ada ke orang baca entri ni?)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada! lalala... org mesia syuk!

admin on 22 Februari 2008 pada 11:36 PTG berkata...

err... sape tu ye?

 

.::Hidup Di Bawah Langit-Mu::. Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet
Distributed by Deluxe Templates © 2008